Tuesday, November 22, 2011

Next Play, Please











"Tapi aku betul-betul kagum dengan variety persembahan daripada Fazleena. Dia punya gaya cakap, gaya badan memang absolute berani! Memang absolute jujur. Mula-mula dia greet audience aku dah rasa gegar jantung. Naik bulu roma! Dia punya bahasa cukup jelas, tidak melebih-lebih dan kena dengan rentak dan plot cerita. Kalau ada undian sms malam tu, memang confirm aku undi pukal 20 untuk dia! Untuk jadi pelakon teater perempuan yang berjaya, aku tak nafikan, kau memang kena berani, selain punya wajah muka yang sedap dipandang mata, intonasi suara dan gaya yang tidak melebih-lebih juga penting bagi mengelakkan audience berasa menyampah dengan persembahan cliche" - Penulis blog ini.


Secara peribadi, antara banyak-banyak komen yang orang tulis mengenai teater juta-juta ke Putrajaya yang baru sahaja dipentaskan, inilah komen yang paling aku tersentuh. Aku tak kenal pun siapa yang menulis review ini, tetapi komen beliau sangat mengujakan aku untuk terus berteater, untuk terus ada atas stage, untuk terus berperan, untuk terus berkarya (selagi mampu dan boleh). Bila penulis ini menyentuh mengenai 'keberanian' untuk menjadi pelakon teater yang baik, aku teringat pembabitan awal aku dalam bidang ini. Takutnya aku dengan pandangan penonton yang sedang memerhatikan gerak laku aku atas stage. Untuk menjadi yang betul-betul berani berdepan dengan audience, bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Cikgu teater aku pernah bagitau, bila berdialog di atas pentas-di depan audience "Kau kena cari/pilih seorang penonton, pandang matanya sehingga dia mengalihkan pandangannya, kemudian kau akan rasa segala ketakutan itu akan hilang". Untuk menumpahkan seluruh ketakutan itu pada mata seorang khalayak, amatlah susahnya. Bukan satu play, dua play kau dah boleh buang ketakutan itu. Rasanya lepas aku keluar dari UKM, start bergerak dengan produksi lain, jumpa dengan khalayak lebih besar, barulah aku berjaya membuang semua ketakutan. Sekarang ni aku dah boleh jerit : The stage is mine! Konon! hehe. Anyway, tq so much awak yang menulis ini. Kata-kata awak macam spirit. Dia membakar jiwa saya untuk buat lebih baik dari hari ini.

Marilah aku story sikit mengenai pementasan teater juta-juta di Putrajaya. Sebenarnya macam mimpi juga bila kami tiba-tiba mendapat jemputan mementaskannya di sana. Selepas press conference hari tu, baru aku betul-betul memijak di bumi yang nyata bahawa apa pun jadi, kami harus juga beraksi di pentas Putrajaya. Sebab tak berapa nak yakin, betul ke tak ni? Jadi 5 hari jugalah kami berkampung kat sana. Kami sebenarnya dibantu oleh Majlis Belia Putrajaya untuk merealisasikan Teater Juta-Juta (TJJ) ini di sana. Mereka menguruskan penginapan kami, venue pementasan dan lain-lain perkara kerana kami tak tahu bagaimana keadaan dan situasi sebenar orang-orang di Putrajaya. Maksud aku, penerimaan mereka terhadap aktiviti seni, khasnya teater. Ada sekali aku dengan aloy ke Alamanda menyebar flyers, ada seorang remaja perempuan tengok flyers tu dan jerit kuat-kuat dengan muka terkejut : Haaaa? Teaterrrr?? Samaada dia tak tahu teater tu apa, atau dia terkejut teater nak dipentaskan di putrajaya. Heh. Aku dan aloy senyum aje. Cuma kami sebenarnya agak risau dengan feedback dari khalayak di sana. Jika kami bawa TJJ ke Putrajaya, maka sepatutnya yang ramai hadir adalah masyarakat Putrajaya itu sendiri. Tapi telahan itu tidak tepat. Yang ramai hadir ke pementasan kami di Putrajaya adalah geng-geng luar Putrajaya. Orang Shah Alam, KL, Ampang, Damansara. Mana geng putrajaya? Surat khabar tak payah cakaplah, bersepah keluar muka kami. TV lagi. Edaran flyers lagi. Apa masalahnya? Adakah orang Putrajaya tidak suka teater? tidak tahu pasal teater? lebih suka ke KL mencari hiburan malam hari? duduk di rumah layan drama di rumah? atau lebih gemar melepak di jambatan putrajaya yang ada lampu-lampu yang cantik? atau play TJJ takde artis komersil? atau promosi kami tidak cukup hebat lagi? Emm, entahlah. TJJ bagi aku tidak gagal. Setiap malam khalayknya ada. Tapi tidak penuh. Sedangkan dewan itu besar dan boleh memuatkan 200 orang untuk satu pementasan. Grup kecil macam kami yang memang kais pagi makan pagi (kebanyakannya memang aktivis teater) memerlukan jumlah audience yang ramai untuk 'mengenyangkan perut'. Jika audience tidak ramai, maka berapalah sangat yang kami perlu bahagi-bahagikan sama rata. Secara keseluruhannya, aku tak kecewa dengan team kami, mereka semua positif dan optimis. Cuma mungkin majlis belia putrajaya harus memantapkan lagi strategi promosi bukan sekadar berharap dengan publisiti di suratkbahar atau tv. Kalau kena jual tiket ke sekolah-sekolah - do it. Kalau kena masuk universiti atau kolej - do it. Kalau kena pergi jumpa pengarah-pengarah mana-mana kementerian di putrajaya untuk beli tiket - just do it. Jadi barulah kerjasama itu wujud. Barulah sama-sama gembira. Kan?

Ramai juga yang membanding-bandingkan pementasan di DBP dan di Putrajaya. Biasalah tu, kalau re-stage akan ada beberapa perubahan dari macam-macam segi. Kalau serupa aje, baik tak payah re-stage. Bermain di tempat baru dan set yang lain, memberikan rasa yang berbeza juga. Walaupun secara peribadi aku lebih suka suasana dan aura di stor DBP, tapi pembaharuan yang agak conceptual yang dibawa ke Putrajaya bagi aku sesuatu yang menarik. Jadi bertuahlah sesiapa yang datang kedua-dua pementasan.

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua kawan-kawan yang datang. Yang datang dua kali pun ramai (yang tengok di DBP dulu). Yang datang 3 kali pun ada. Aku pun pelik juga, ada yang datang sampai dua, tiga kali. Teater bukan macam filem. Seronok di tonton berulang kali. Entah apa yang membuatkan mereka datang berulang kali eh? Amar ada tanya aku masa kami dalam perjalanan nak pergi Putrajaya : Awak ada tak rasa bosan dengan teater juta-juta ni? Maksudnya, dah penat nak lakonkan? Dah boring asyik ulang dialog yang sama? Aku jawab, personally, I suka sangat TJJ ni. Script-nya brilliant, permainannya menyeronokkan, directornya yang beri ruang cipta idea sendiri, gandingan rakan lakon yang superb chemistry-nya. Amar senyum dan dia cakap : TJJ memang superb pun! Fasyali tu akan jadi somebody satu hari nanti. Wah, gitu. Aku rasa orang yang datang banyak kali dan tak jemu-jemu tengok TJJ mungkin ada sebab yang aku sebutkan di atas. Mungkinlah. Terima kasih atas pengorbanan duit dan masa awak semua. Kami amat-amat menghargainya.

Untuk mengekalkan momentum, aku dengan bangganya ingin memberitahu kepada semua bahawa kami akan muncul lagi dengan sebuah play baru yang bernama : 1 plastik hitam karya dan arahan Syahrul Fitri Musa. Kami dah mula membuat pra produksi sebelum mementaskan TJJ di putrajaya lagi. Kini sedang giat menjalani latihan. 1 plastik hitam akan dipentaskan di stor teater dbp pada 7-11 dec tahun ini. Sekali lagi aku nak nyatakan bahawa, skrip 1 plastik hitam juga amatlah best dan menarik. Bukan nak up lebih-lebih, tapi aku gerenti mereka-mereka yang setia mengikuti produk dari MASK team seperti TJJ, akan suka dan terhibur dengan 1 plastik hitam. Ianya segar dan terus kepada society. Insyaallah. Kali ini aku berlakon disamping Fasyali Fadzli, director aku untuk TJJ. Syali berlakon? Untuk pengetahuan semua, Fasyali pernah menang watak pelakon pembantu terbaik di Makum (tak ingat tahun bila) dan banyak berlakon semasa di Kelab teater rimba (UKM) sama-sama dengan aku dulu. Dia banyak berlakon short film juga. Pernah menang monolog kat UITM. Hebat mamat ni berlakon tau! Rasa geli hati juga sebab dah biasa di direct oleh dia, kali ni kena berlakon bersama. Hari-hari training tak tahan nak ketawa. Fasyali untuk pengetahuan semua dah masuk mengajar di UITM. Ajar teater untuk student diploma. Power kan dia? Tuhan aje yang tahu betapa aku bangga dengan dia. Harap-harap dia tak jadi malas bila dah jadi lecturer ni. Teruskan berkarya tau. Kalau buat skrip, watak untuk I mesti ada okay. Hehe. Watak-watak lain yang akan muncul adalah Anas Ridzuan, Ameera Ramli dan Karl Syafiq. Karl Syafiq ni pengacara di TV9. Aloy aka Aron Aziz akan buat special appearance. Jadi tempahlah tiket sekarang sebelum terlambat. Boleh melayari laman facebook kami untuk update terkini. Cari kami di event page 1 plastik hitam. Dan juga di laman twitter : #1plastikhitam


** Dan sambutan hari jadi paling manis dalam sejarah hidup aku. Dikejutkan dengan kek (family aku belikan) dan nyanyian beramai-ramai di hujung pementasan bersama crowd yang hadir. Gila malu weh. Dan gila touching. Nangis aku. Ternyata aku punya family yang selalu menyokong kerja-kerja aku, keluarga MASK team yang dah serupa adik-beradik, kawan-kawan rapat yang jadi wing kanan dan kiri untuk terbang dan kekasihku yang selalu ada. Selalu ada. Terima kasih Tuhan atas kurnian ini.

Sunday, November 6, 2011

Teater Juta-juta terbang ke Putrajaya




Rasanya baru semalam teater juta-juta dipentaskan di Stor Teater DBP, dialog dalam skrip pun masih belum hilang, kami diberi peluang beraksi di Putrajaya pula. Rezeki kan? Siapa yang mahu menolaknya. Sekali lagi, aku percaya kekuatan teater juta-juta bukan sekadar skrip yang baik sahaja tetapi secara jujurnya kumpulan ini adalah antara kumpulan terbaik yang pernah aku terlibat. Semua orang tahu tugas masing-masing. Kami tak pernah argue peranan setiap seorang, sebab semuanya tahu dan bertanggungjawab terhadap roles masing-masing. Tiada masalah komunikasi. Semua orang berhak menyatakan pendapat dan idea. Setiap seorang cuba untuk buat yang paling baik dan toleransi satu sama lain. Paling penting kami selalu sahaja 'have fun'. Kerja macam family. Hubungan macam adik-beradik. No pressure at all. End product selalu bergantung kepada sejauh mana team work yang dicipta oleh grup itu sendiri, itu yang aku percaya. Sampai sekarang pun kami tak percaya yang karya ni boleh pergi jauh macam ni. Walaupun ia tidaklah sejauh dan setinggi mana, tapi ia satu pencapaian yang besar pada kami yang kerdil ini (eceh).


Jadi aku dengan berbesar hati menjemput awak-awak semua untuk datang menonton teater ini di Putrajaya nanti. Jangan mendengar keriuhannya sahaja. Datang dan berhibur. Yang sudah menonton, jemput datang lagi kerana environment dan feel-nya pasti berbeza. Anda dibawa ke satu ruang yang lebih 'sedap' dan exclusive serta corak permainan yang lebih berstruktur sesuai dengan imej putrajaya itu sendiri.


Tiada pengkarya yang mahu karyanya disimpan dalam peti besi dan dikunci tanpa ada yang melihat atau merasakannya. Begitu juga dengan naskah teater juta-juta. Jika lebih ramai yang menontonnya, lebih ramai berikan pendapat, lebih baik buat pengkaryanya dan seluruh team yang terlibat. Sekali lagi, war-warkan kepada rakan taulan awak-awak semua. Sokonglah kami dan Insyaallah anda akan pulang dengan gembira. See ya!

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...