Thursday, July 29, 2010

Bila lagi nak dapat peluang melalak di jalanan?


Apa itu Plore?

Di Pasar Seni Pada tarikh dan masa yang diatas, mereka semua seperti nama di poster akan berkumpul ramai ramai... dan projek busking pun berjalan... tanpa henti selama 3-4 jam...

Jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk sama memeriahkan suasana dan lepak lepak hisap rokok.
...
Apa yang mereka lakukan?

apa yang mungkin mereka lakukan ialah, bernyanyi, bermain gitar dan alat muzik lain seperti bonggo contohnya,membaca puisi, installation art atau apa saja lah.... (diambil dari catatan Paradoks di Facebook)

Tuesday, July 27, 2010

Tembus



Berjaya juga saya tembus dinding aswara. Peh.

Subjektif



Kita bukan pekak
Bukan kudung
Bukan tuli
Bukan bisu
Bukan buta
Bukan nazak
Bukan uzur

Kita cuma punya
Kulit gelap
Badan pendek
Hidung peset
Telinga besar
Tetek kecik
Kurus kering
Betis penuh
Lengan lembik
Muka petak
Dahi sendat
Mulut lebar
Gigi bersempang siur

Kita rasa rendah diri
Rasa kecil hati
Rasa mahu mati
Rasa mahu bunuh diri
Rasa kecewa
Rasa duka
Rasa hina
Rasa malu
Rasa pilu
Rasa rendah
Rasa murah
Rasa sedih

Dan kita menjerit-jerit pada Tuhan;
Kenapa aku tidak secantik dia?
Kenapa aku tidak selawa dia?
Kenapa aku tidak semanis dia?
Kenapa tidak dicipta aku sesempurna dia?

Tak perlu bijaksana
Tak perlu hati mulia
Tak perlu pandai berkata-kata
Tak hormat manusia
Tak perlu rasa bahgia
Tak perlu rasa cinta
Tak perlu tahu tentang dunia
Mahu cantik saja

Biar mereka semua pandang
Biar mereka semua tenung
Biar mereka terbayang-bayang
Biar mereka bertambah sayang
Biar mereka peluk depan belakang


Cantik subjektif itu sial belaka
Akal perangai buang semuanya
Yang adili bukan Tuhan, Cuma manusia
Maka perkara pertama adalah rupa

Rupa lawa
Rupa jelita
Rupa cantik
Rupa menarik
Rupa rupawan
Rupa menawan
Rupa hebat
Rupa memikat

Dan, perlahan-lahan kita mati
Bukan dengan caci dan maki
Bukan dengan suara-suara yang menyakiti
Bukan dengan pandangan mereka yang benci
Bukan dengan persekitaran yang membebani
Tapi dengan falsafah cantik yang kita bina sendiri

**Untuk kita-kita yang obsess kepada rupa dan kecantikan hingga jiwa dan akal tolak semuanya.

Friday, July 23, 2010

I harap dapat dengar kamu nyanyi happy birthday untuk I for the rest of my life - Kekasih

Kalau kita putar dan balikkan masa;

aku sedang pakai ribbon merah dan melompat main getah dengan Sharifah dan Wani atau main kahwin-kahwin atau cikgu-cikgu. Waktu tu kau di dalam buaian, isap puting, pakai lampin, makan nestum atau bubur lembik campur sayur dan lobak merah yang di potong kecil-kecil.

Kalaulah kita duduk di daerah yang sama, waktu aku sekolah rendah darjah 6 dan berlagak paling besar dan buli budak-budak darjah 4 dan 5, kau baru nak masuk tadika dengan belajar baca doa makan dan lagukan ABC kuat-kuat dan nyaring-nyaring dalam kumpulan yang ramai.

Kita mungkin pernah berselisih bahu di mana-mana waktu aku sudah bekerja dan kau baru nak mula belajar di U, dan mungkin pada waktu itu aku memandang sebelah mata dan anggap kau sama sahaja seperti budak yang baru nak up dan keluar dari kepompong ibu bapa dan kau pula melihat aku seperti tipikal wanita yang konon baru nak merasa duit sendiri dan belajar berdikari;kononnya.

Dan kita bertemu (pandang pertama--yang selalunya aku tidak pernah percaya) dan menghapuskan semua andaian dan persepsi tentang semua itu dan menerima satu sama lain dengan pakej orang/manusia bukannya umur. Dan tidak pernah sedar yang jarak dan angka buat kita gelisah dan letih dengan tanggapan mereka-mereka dan mati dengan fikirkan soal siapa perlu matang dan kematangan mempengaruhi usia. Seperti yang kau selalu kata – di rumah ini dah ada contoh sayang..umur jauh beza, tapi bahagia. Bukan di rumah aku, di rumah kau juga ada.

Dan kita cuba untuk forward-kan dan lajukan masa (bayang dan angankan saja);

Kalau tua di ukur dengan fizikal – confirm aku akan jadi kerepot, bongkok, pakai gigi palsi, pakai tongkat, rabun, nyanyuk, banyak penyakit, lebih banyak makan supplement dan ubat.

Kalau tua di ukur dengan perjalanan hidup manusia – aku akan pergi lebih awal dari kau.

Tapi cinta tak pernah tua kan sayang?

Happy birthday kekasih. Terima kasih sebab ada.

Monday, July 19, 2010

I want you to sing with rapture and dance like a dervish - MJB


William Parrish : Love is passion, obsession, someone you can't live without. If you don't start with that, what are you going to end up with? Fall head over heels. I say find someone you can love like crazy and who'll love you the same way back. And how do you find him? Forget your head and listen to your heart. I'm not hearing any heart. Run the risk, if you get hurt, you'll come back. Because, the truth is there is no sense living your life without this. To make the journey and not fall deeply in love - well, you haven't lived a life at all. You have to try. Because if you haven't tried, you haven't lived.

Friday, July 16, 2010

Candy

Aku mahu tahu semuanya. Sekecil atau sebesar mana. Setinggi atau seluas apa. Ceritakan. Tolong khabarkan.

Jika cuma tidak mampu memilih biskut merry atau biskut oatmeal untuk minum petang sekalipun.

Aku ada dan selalu mahu dengar.

kerana;

Aku tidak mahu jadi yang kedua, ketiga dan terakhir mengusap airmata kau.

Thursday, July 15, 2010

Romantic Projections



Celine: You know, I've been wondering lately. Do you know anyone who's in a happy relationship?

Jesse : Uh, yeah, sure. I know happy couples. But I think they lie to each other.

Celine : Hmmm. Yeah. People can lead their life as a lie. My grandmother, she was married to this man, and I always thought she had a very simple, uncomplicated love life. But she just confessed to me that she spent her whole life dreaming about another man she was always in love with. She just accepted her fate. It's so sad.

Jesse : I guarantee you, it was better that way. If she'd ever got to know him, I'm sure he would have disappointed her eventually.

Celine : How do you know? You don't know them.

Jesse: Yeah, I know, I know. It's just, people have these romantic projections they put on everything. That's not based on any kind of reality.

Wednesday, July 14, 2010

Isolasi

Lari dari dunia kejam yang sesekali membunuh kita secara diam. Perlahan-lahan. Tanpa sedar kita mati walau kita sehat tubuh badan; sempurna.

Mahu lepaskan kebergantungan kita pada dunia material, teknologi yang semakin menyelubung, keterikatan komunikasi sesama manusia yang berlebihan sifatnya, hiburan yang entah apa-apa.

Semua kebergantungan yang akhirnya melepaskan nikmat hidup sebagai manusia. Sebagai individu yang seharusnya melangkah tanpa perlu dirantai oleh kekangan siapa-siapa, apa-apa, mana-mana.

Ingin dengar irama alam secara dekat, main kejar-kejar dengan rama-rama, mengira berapa saat daun jatuh dari pohon, baring atas air sungai dan memandang matahari yang tegak atas kepala, merakam bunyi burung dan cuba bezakan yang mana lebih kuat suaranya, menonton nyamuk mengisi balangnya dengan darah kita. Bercakap dengan bulan sesekali dengan bintang. Mencari planet yang terselindung di balik langit.

Malam harinya menulis, membaca, menonton movie kegemaran, memasak makanan yang berbeza, membaca sajak kuat-kuat pada stage kecil yang kita bina, main teka-teka tokoh siapa yang sedang salah seorang dari kita perankan. Bercerita tentang angan-angan kita semasa kecil. Sesekali jadi tukang tilik yang meramal apa nasib kita akan datang. Kongsi semua rasa yang pernah ada dan tidak pernah ada. Kuncinya; share sahaja dan tidak perlu judging.

Pergi jauh dari semua kesakitan, rasa kehilangan, depresi yang bukan-bukan. Kebergantungan yang tiada hujungnya.

Kemudian kita bisikkan - Kita selalu ada untuk satu sama lain. Kita tak pernah kehilangan apa-apa. Aku ada kau, kau ada aku.

Jadi sayang, kau sudah bersedia untuk isolasi? Kalau sudah, beritahu aku. Aku tunggu.

Monday, July 12, 2010

Facebook

I have a book,
that has a face,
it is sane,
but the users are insane.

People talk with it, to it and about it.
I have heard of it, and now am using it. Thence here it it, i present to you....the book that has a face.

Through the book,
love is sown or broken,
stolen or woken, nurtured or cultured.
People gossip or worship. Such a mystery it poses, and it has a face.

People updat status, let alone profile and pictures. Either single or complicated, the book accommodates all.

It is a super book,
though it is addictive,
can make you abusive, if not render you submisive.
Beware of it, for it is real.
I have a book, that has a face.
I have:
FACEBOOK!

by : Otieno Albert

Saturday, July 10, 2010

Blow


Fred Jung : Sometimes you're flush and sometimes you're bust, and when you're up, it's never as good as it seems, and when you're down, you never think you'll be up again, but life goes on.

Wednesday, July 7, 2010

Make Up

Dia dah calitkan make up paling mahal hari tu. Bukan make up yang dibeli di uptown atau downtown night market. Yang nampak ori tapi semuanya buatan siam. Dia beli di KLCC. Di butik MAC. Oh, MAC jenama untuk celebrity dan mak-mak datin. Mahal. Duit gajinya dikumpul setiap bulan demi mengenggam set make up jenama itu. Tak kisah mahal, yang penting puas. Dengan blusher yang di campur sama rata. Merah yang tak merah sangat. Eye shadow yang dilapik dua warna untuk menampakkan matanya yang kecil lebih bulat dan diserikan dengan eye liner serta maskara. Dan gincu merah Gwen Stefani sesuai dengan kulitnya yang putih gebu. Perfect! Dia melangkah dengan yakin, dengan senyum meleret. Make up MAC itu nampaknya sungguh-sungguh membantu. Dia jalan mendada, positif dan bersemangat. Tapi pelik. Hari tu menjadi sebaliknya. Tiada kerlingan manja abang-abang guard seperti sebelumnya ketika melangkah ke pintu gate bangunan ofisnya. Tiada kakak cleaner yang menegur tentang pakaian atau kehalusan kulitnya. Tiada angkat-angkat kening atau kenyit mata bosnya. Tiada ucapan 'wow, u look gorgeous' yang biasa diterima dari despatch yang menghantar surat setiap pagi.

Apa yang tak kena? Tiada yang tidak kena. Dia cuma lupa menaruhkan make up di hatinya. Sedikit blusher di sisi hati kiri dan kanan. Sedikit maskara dan eye liner di belah atas, taburan bedak compact di sekitarnya dan sedikit gincu dan tak perlu merah sangat kerana hatinya sudah cukup lawa.

Oh shit. Dia terlupa. Dan pulang dengan kecewa.

Monday, July 5, 2010

Port Dickson












Alasan paling munasabah untuk tidak bazir wang di Urbanscape tempoh hari.

Taking Woodstock (2009)




"The only people for me are the mad ones, the ones who are mad to live, mad to talk, mad to be saved, desirous of everything at the same time, the ones who never yawn or say a commonplace thing, but burn, burn, burn, like fabulous yellow roman candles exploding like spiders across the stars and in the middle you see the blue centerlight pop and everybody goes "Awww!" - Jack Kerouac

Friday, July 2, 2010

Hegemoni



Hampir tiap-tiap malam saya dengan anggota paradoks sibuk mengerjakan ini. Latihan di dinding terbuka, melawan suara alam, mengorbankan TV kepada ahli yang sukakan bola, begerak dari satu kawasan ke satu kawasan (tempat latihan berbeza setiap hari kerana kami duduk jauh-jauh semuanya), mencari damai di mamak selepas habis latihan. Ya, satu malam tu kami menjamah kari kepala ikan - mukris belanja. Walaupun pertama kali bekerja dengan Paradoks, mereka menerima saya dengan seadanya. Minah cengeng, mulut banyak, ngada-ngada, lembab menghafal, monotonous-sometimes, datang lewat (alasan rumah jauh) dan ada juga sikit-sikit perangai rebel style budak-budak. Tapi diorang ni cool aje. Terutama pengarahnya Aloy. Terima kasih kerana sudi menpelawa hamba yang kecil tak pandai ini.

Insyaallah, saya akan update dari masa ke semasa tentang show ini. Saya teruja, saya harap anda juga teruja sama untuk turun ke Stor DBP sebelum Ramadhan ini. Sokong teater kecil macam kumpulan kami.

Tidak Akan

Dia teringin;

pakai skirt
lisptick
bertumit tinggi
sarung dress
skirt bunga-bunga
pakai scarf di kepala
anting-anting
calit pemerah pipi
lukis kelopak mata dengan aye liner

tapi apa yang keluar dari mulut dia ialah "aku tak akan"
aku tak akan buat
aku tak akan dapat
aku tak akan cuba
aku tak akan lakukan
aku tak akan boleh
aku tak akan mahu
aku tak akan mampu
aku tak akan, aku takkan, aku takkan, aku tak akan.

Bila melihat orang lain berskirt pendek, dia cemburu
bila melihat orang lain sarung dress, dia mencebik 'ah poyo la lu'
bila melihat orang lain pakai lipstik, dia sungguh-sungguh mengata
bila melihat orang lain pakai tumit tinggi, dia jeling dengan ekor mata

Dia tetap kata 'tak akan'
tapi sebenarnya tertekan
mulut berbuih kata 'tak akan'
dalam hati macam hujan

Dia kata;

aku sudah selesa begini
jangan persoalkan itu ini
tak mahu berubah walau seinci
tak rela hidup dalam hipokrasi

Jadi dia simpan sahaja perasaan teringin-nya
orang lain pakai, dia cuma mampu jeling sahaja
baginya percubaan tidak membawa makna apa-apa
dia mahu degil begitu sampai bila-bila

Dia boleh tipu orang lain
hati dia macam mana?

Sedang belajar pakai heels.

**Teringat tentang seorang yang pernah jadi rakan, beritahu mati-matian dia tak akan kahwin. Tapi aku tahu dia teringin. :P Chill babe!

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...