Sunday, January 31, 2010

Jemputan


Ya! Ada 2 event besar kawan-kawan pada tarikh yang sama. Maskara di rumah pena dan Frinjan di Shah alam. Kepada sesiapa yang ada masa dan tidak ke 2 majlis tersebut, jemputlah datang. Sudah lama saya tak beraksi di padang tempat saya mula-mula dibogelkan sebagai pelakon. Bila hari-hari latihan, imaginasi saya berputar-putar sekitar memori bersama teman-temab Kelab Teater Rimba (KTR) yang bawa saya tahu dan kenal apa itu seni pentas. Perasaan itu bermacam-macam rasanya. Sesekali bila saya renung lantai panggung seni itu saya nampak saya yang bermeditasi, berolah tubuh, olah vokal, reading script, kena marah, kena pukul, makan nasi bungkus bersama, bergaduh mulut, dipakaikan costume, di make-upkan, diherdik kerana berlakon macam kayu, pelukan setiap kali tamat persembahan, nyanyian 'buih sabun' lagu tema KTR setiap kali selesai bulatan dan persaudaraan di mana-mana. Setiap kali itulah airmata saya bergenang.

Friday, January 29, 2010

Daddy Cool 29 January



Masa zaman belajar dulu, bila abah hantar aku depan fakulti dan cium tangan dan pipinya, kawan-kawan buat muka pelik dan tanya :

Wei, boyfreind kau ke tu?

Aku jawab : No...My sugar daddy!

Sampai sekarang pun orang masih tanya soalan sama pada Abah - apa rahsia awet muda? anak dah besar-besar. Abah selalu akan jawab - anugerah Tuhan dan senyum-senyumlah selalu.

Aku harap bila aku dah ada anak besar-besar nanti, aku masih boleh jawab soalan yang sama macam abah jawab.

Happy birthdy daddy. You mean everything to me. I love you.

Wednesday, January 27, 2010

Romeo & Juliet


Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan.

Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hitam dan mengerikan.

Sepahit apa sekalipun, aku mahu hirupnya sama kamu.

Kamu?

Monday, January 25, 2010

How do you know it's love if you've never been in love before? - LEON




Mathilda : Leon, I think I'm kinda falling in love with you.
[Leon chokes on his milk]

Mathilda : It's the first time for me, you know?

Léon : [wiping himself off] How do you know it's love if you've never been in love before?

Mathilda : 'Cause I feel it.

Léon : Where?

Mathilda : [stoking her stomach] In my stomach. It's all warm. I always had a knot there and now... it's gone.

Léon : Mathilda, I'm glad you don't have a stomach ache any more. I don't think it means anything.

Best sangat ke Adnan Sempit?

“Berdasarkan jumlah kutipan ketika ini serta jumlah penonton yang menyaksikannya, saya yakin Adnan sempit mampu mencatat kutipan sebanyak RM8 juta iaitu sekali ganda dari kutipan filem Remp-It.Seiring dengan itu, saya juga yakin filem ini mampu mengaut jumlah penonton sebanyak sejuta sebaik saja filem itu tamat tayangannya empat minggu lagi,”kata David penuh yakin. - DT

Rasanya tema rempit masih laku untuk beberapa tahun akan datang.

**Tunggu kat TV aje hari raya tahun ni.

Sunday, January 24, 2010

Cita-cita masa kecik




Pic a) With the director : Brother Min
Pic b) Cikgu-cikgi in action

TVC/PSA ini akan ditayangkan sebelum PM melancarkan satu event hujung bulan ini.

Friday, January 22, 2010

“Cinema is a matter of what's in the frame and what's out” - Martin Scorsese

Aku suka juga Ridhwan menggunakan Fadzleena (ya, pengarah wanita yang hip itu) sebagai watak. Secara tidak sengaja, Ridhwan sedang "cuba" membunuh seorang "pengarah" (membunuh dia, mendekonstruksi dirinya), menyatakan, hal ditengah-tengah sebelum "filem berakhir" dan "filem bermula" adalah tujuan pencarian diri sebenar pengarah (apakah membuat sesuatu filem itu baik/tidka baik?). Inilah "utopia" yang ingin Ridhwan cari, di sebalik tema "menghentikan". Ya, secara tidak sengaja, kau seperti mahukan cerita-cerita yang kau buat (khususnya Ridhwan) atau tonton untuk tidak berakhir (akhirnya, filem itu realiti? Ini satu polemik). - Fadz (pen-review filem yang benar-benar pen-review yang hip dan cute)

Kata 'tercepit' itu sungguh cute

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri - M.Nasir

Wednesday, January 20, 2010

Good Morning Love

Tiada yang lebih indah dari cinta dua orang di pagi hari. Dengan muka berkilap, gigi bermentega, dan mulut bau asam...mereka masih berani tersenyum dan saling menyapa 'selamat pagi' - Filosofi Kopi oleh Dee

Tuesday, January 19, 2010

Virus M

Kalau boleh aku nak buat satu pondok kecil atas pokok kat tengah hutan untuk lari dari dinding-dinding batu, tilam empuk berserta comforter enak, himpunan dvd lazat yang belum ditonton, buku-buku yang En Ishak belikan dari Jakarta, makanan mummy yang kalah resepi chef wan, kedai mamak Hj Tapah yang cozy dan teh tariknya manis meletop. Semuanya temptation yang bawa virus M. Malas.

Sekarang ni, aku terlibat dengan pementasan teater di UKM sebagai salah seorang cast. 6hb February show-nya. Nampaknya tidak sempat ke event adik-beradik di Maskara dan Frinjan. Dan mereka pun nampaknya tidak berupaya untuk datang walaupun nanti aku akan hantar invitation card. Faham situasi masing-masing. Trainingnya setiap malam sekarang ni. Dan kebetulan aku dijemput mengajar teater di UPM untuk festival inter-kolej. February juga tarikh bertandingnya. Hujung bulan January, ada shooting short film untuk Azrai. Aku producer merangkap assist. Sekarang sudah masuk pre-pro. Pheww..kalau kawan-kawan ajak minum, aku cakap - mehlah ke UKM atau UPM. Aku ada di sana. Every-nite. Mereka balas - kau ni busy mengalahkan Presiden Zimbabwe!

Sambil-sambil tu aku perlu menyiapkan deadline buku motivasi. Aku co-writer untuk buku motivasi remaja. Publication yang aku involve ni lebih kepada keluaran buku-buku motivasi. Siapa kawan-kawan yang mahu menulis tentang motivasi dan kehidupan (boleh dalam skop bidang apa sahaja sekalipun), mehlah pitch kat aku. Ada ruang, ada peluang, tulis aje. Terbaru aku sedang proses pre-writing untuk buku motivasi-biografi Zaira Zakaria atlet angkat berat Malaysia. Kemungkinan akan koloborasi dengan persatuan angkat berat Malaysia. Insyaallah.

Kalau aku tidak mahu bekerja 9-5, mengipas bos untuk dapat satu suit Zara, mengampu klien dengan belanja Chilli's, tunggu gaji tiap-tiap bulan, tak payahlah nak mengeluh. Buat aje. Kawan adik aku kata - bukan sepatutnya freelancer, lagi senang dari orang makan gaji ke? Banyak masa free. Freelancer kerja 2 kali ganda dari orang makan gaji kot. Kalau tak keja, makan meggie je la.

Perkara paling sukar adalah menjadi diri sendiri, perkara paling indah juga adalah menjadi diri sendiri. Nak sukar ke, nak indah?



Zaira ni memang suka make-up. Kalau masa competition pun dia tetap lawa. Tapi kena dengar slang Kedah dia. Kaw-kaw punya.

Monday, January 18, 2010

Saturday, January 16, 2010

Pesta Nasi Lemak

Alhamdulilah! Kami antara kumpulan (Kirana Teater production) yang tersenarai ke pertandingan teater peringkat kebangsaan tahun ini. Alhamdulilah. Bila dan venuenya akan saya war-warkan kelak. Bolehlah rakan-rakan di KL menontonnya nanti.

Pengarahnya janji nak buat pesta nasi lemak kalau kami ke Kebangsaan. Nasi lemak mak epul the best nasi lemak in town.





Result penuh disini.

Tuesday, January 12, 2010

Wanita dan Kedegilan



Filem ini untuk semua wanita yang degil dan keras hati.

Mummy selalu cakap - ikut hati, mati.

Tapi kata-kata "Listen to your heart" itu untuk siapa agaknya?

**Heiran masih ditayangkan di GSC Mid valley, Pavillion dan OU.

Monday, January 11, 2010

Laughing in the purple rain






Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Pekan Frinjan 7.0. Seperti malam maskara shorties yang lepas, hujan tak pernah jadi penghalang untuk acara-acara sebegini. Saya terharu. Suara-suara yang melaungkan say no to racism - semakin lebat hujan, semakin kuat teriakan. Ada banyak lagi upcoming project dari geng Frinjan. Nantikan.

Juara Lagu : Kena adaptasi konsep 1 Malaysia kalau nak menang.

Dah bosan dengan pengacara Malaysia yang nak attract audience dengan mengutuk sesama sendiri sparing partner untuk mengundang gelak tawa. Dan aspek kutukan ialah Fizikal. Bosan weh! Tapi Cheryl ok. She's brilliant. Just like always.

Saya suka Yuna menang.

Friday, January 8, 2010

Peace Train



Kalau marah sangat pun, benci sekalipun, janganlah sampai bakar. Macam mana rasanya kalau tempat kau mengadap Tuhan, dibakar?

Where the spirit does not work with the hand, there is no art - Leo D' Vin




Dia seorang saintis, ahli matematik, engineer, inventor, anatomist, painter, sculptor, arkitek, botanist, musician dan penulis. Dia dikenali sebagai - a man whose unquenchable curiosity was equaled only by his powers of invention.

Exhibition di Pusat Sains Negara masih berlangsung sehingga 17 January. Sempat lagi untuk pergi. Tak perlu nak pergi Italy.

Jom sayang.

Thursday, January 7, 2010

Port baru

Here

Tak payah beratur panjang. Tak payah risau seat penuh. Takkan duduk 3-4 baris dari depan. Selection of movies nya juga terkini. Ada banyak kedai mamak open air. Kerusi empuk. Dan tak ramai mat rempits.

Hari tu sebelum tengok Sherlock Holmes kali kedua di port baru, kami singgah PD. Makan bekal tepi pantai. Sambil dengar orkestra ombak.

Peh..its worth it!

Masa ni rasa bertuah gila duduk di Bandar Seri Putra.

Wednesday, January 6, 2010

Muallaf

Forgiveness and letting go can lead you down the path of healing and peace.

Tuesday, January 5, 2010

The Frinjan 2010

Its okay. Juara lagu hari ahad. So, aktiviti ini tidak bertindan. Rugi weh korang tak datang. Tengok sendirilah line-up performers. Pehh..bukan calang-calang. Oh saya emcee sahaja. Tapi kalau nak mengada-ngada tu, mungkin perform juga. Jom kita celebrate pembukaan tahun baru dengan ini.

Saturday, January 2, 2010

Virginia Woolf



"I feel certain that I am going mad again. I feel we can't go through another of those terrible times. And I can't recover this time. I begin to hear voices, and I can't concentrate. So I am doing what seems the best thing to do. You have given me the greatest possible happiness. You have been in every way all that anyone could be. I don't think two people could have been happier 'til this terrible disease came. I can't fight any longer. I know that I am spoiling your life, that without me you could work. And you will I know. You see I can't even write this properly. I can't read. What I want to say is I owe all the happiness of my life to you. You have been entirely patient with me and incredibly good. I want to say that — everybody knows it. If anybody could have saved me it would have been you. Everything has gone from me but the certainty of your goodness. I can't go on spoiling your life any longer. I don't think two people could have been happier than we have been" - V


Nota terakhir untuk suaminya sebelum dia tenggelam di sungai berhampiran rumahnya dengan cara memenuhkan batu-batu di overcoat yang dipakainya.

Nota paling manis pernah aku baca.

Friday, January 1, 2010

2010

Mautopia -Bin Filem


Semoga lebih banyak filem dengan storyline yang berkualiti bukan CGI yang berteknologi tinggi tapi filem macam tahi.

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...